BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

April 18, 2010

sedikit renungan di pagi hari


lihatlah bumi ciptaan Allah S.W.T ini
walaupun saya meletakkan gambar yang besar sekalipun disini...
saya nak tanya

DIMANAKAH KAMU?

sekalipun kamu seorang artis popular.
sekalipun kamu seorang blogger yang femes.
sekalipun kamu seorang genius.
sekalipun kamu seorang yang sangat lawa.
sekalipun kamu hensem melampau.
sekalipun kamu berbadan sasa.
sekalipun kamu berjaya.
jangan sesekali merasa angkuh dengan kejayaan kamu.
kerana siapa kamu di Bumi Allah ini?
kamu kata kamu Doktor?
kamu kata kamu Pilot?
kamu kata kamu Model?
kamu kata kamu Penulis?
saya tak kata kamu salah...
tapi sebahagian dari kita sering terlupa
bahawa kita adalah seorang hamba.

YA! SEORANG HAMBA!

bayangkan hamba zaman dahulu yang sentiasa menurut kata tuannya.
bayangkan hamba zaman dahulu yang merasa sedih kerana mengingkari arahan tuannya.
dan bayangkan kesusahan mereka dalam kehidupan sebagai seorang hamba.
tapi kita?
adakah gaya hidup kita seperti seorang hamba?
adakah kita melakukan satu persatu suruhan Tuan kita?
adakah kita meninggalkan setiap laranganNya?
dan adakah kita mencintaiNya seperti yang sepatutnya?

ingatkah kita disaat2 terakhir Nabi Muhammad S.A.W melihat dunia?
Baginda mencintai kita dengan sepenuh hati Baginda.
biarpun Baginda seorang pemimpin terbaik sepanjang zaman.
biarpun Baginda seorang Businessman terbaik di zaman itu.
biarpun Baginda perancang strategi peperangan yang disegani.
dan ingatlah ketika khutbah Baginda yang terakhir.
Baginda menatap wajah setiap ahli jemaah yang ada.
sehingga sahabat tidak lagi mampu menahan sebak melihat Baginda.
Baginda bersabda,
"kuwariskan dua perkara pada kalian,Al-Quran dan Sunnahku"
"barang siapa mencintai sunnahku bererti mencintai aku"
"dan kelak orang2 yang mencintai aku akan masuk syurga bersamaku"

Rasulullah mengakhiri khutbah Baginda dengan menatap mata setiap sahabatnya.

"Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca"

"Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya"

"Usman menghela nafas panjang"

"Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam"

dan ingatlah ketika malaikat Izrail mencabut nyawa Baginda...
Baginda memekik kerana sakit yang tidal tertahan lagi.

"YA ALLAH!! DAHSYAT NIAN MAUT INI.TIMPAKAN SAJA SEMUA SIKSA MAUT INI KEPADAKU, JANGAN PADA UMATKU."

dan ingatlah antara ayat2 terakhirnya...

"Ummati..Ummati..Ummati.."

sesungguhnya wahai Umat Muhammad yang membaca entry ini..
pernahkah kamu menangis kerana Rasulullah?
pernahkan kamu merinduinya?
cintakah kamu kepadanya??
soalan ini bukan untuk dijawab,
tapi untuk difikirkan kerana selaku manusia.
kita ada akal bukan?
fikirkanlah wahai umat Muhammad.
fikirkanlah wahai umat akhir zaman.
fikirkanlah wahai umat.....

sekian dari saya~
wassalam..

3 comments:

ninani said...

wow!buat sendiri ea?GOOD2

Anonymous said...

Speaking frankly, you are absolutely right.

Anonymous said...

What excellent topic

Related Posts with Thumbnails