BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

May 8, 2010

cakap pasal cinta??

assalamualaikum w.b.t

bercakap tentang cinta...
rata2 movie, novel dan propaganda media yang lain sudah banyak menyebut tentang cinta...
"ketika cinta bertasbih"
"ayat ayat cinta"
"cinta marissa"
"cinta...tiada akhirnya"
"saat cinta bersemi"
"sedetik cinta"
dan banyak lagi novel mahupun movie yang menerangkan tentang cinta...
tapi adakah kita pernah berfikir?
apa itu cinta?
tanya diri sendiri... dan jawab dengan jujur...


ramai yang berkata cinta itu indah...
ramai juga yang berkata cinta itu pedih...
lain orang lain pendapatnya tentang cinta...
jadi tidak salah jika saya katakan disini bahawa...
cinta itu bersifat subjektif...
ia berubah mengikut pandangan seseorang...

tapi jika anda merupakan salah seorang komentar tentang cinta...
pernahkah kamu terfikir?
mungkin apa yang kamu anggap cinta itu bukanlah cinta yang sebenar?
maaf kerana ayat saya agak berbelit diatas...
maksud saya...
kamu menganggap perkara itu cinta..
walhal kamu tersalah...
pernahkah?
atau kamu memang sudah benar2 mengenali cinta?

cinta itu sepatutnya menyembuhkan, bukan menyakitkan...
cinta itu mampu mengeluarkan air mata,
namun bukan air mata kecewa...
sebaliknya air mata gembira atau sedih...
jika cinta itu menyakitkan...
hanya ada dua jawapan untuk itu...
a) cubaan untuk kegembiraan di kemudian hari
b) itu bukanlah cinta saudaraku...

hampir setiap dari kita mungkin memilih pilihan pertama..
kerana apa?
kerana kita manusia...
kita ada ego...
apabila kita anggap sesuatu itu betul, kita akan mempertahankannya...
dalam hal ini..
kamu menganggap 'cinta' yang kamu labelkan sebagai cinta itu adalah sememangnya cinta...
jika saya bersuara dengan mengatakan,
"apa yang kamu rasa cinta itu bukan cinta yang sebenarnya"
mungkin ada yang berdiri menyuarakan rasa tidak puas hati kepada saya..
tanpa berfikir bahawa saya hanya menduga kesabaran seorang umat Muhammad...
benarkah begitu?
tepuk dada tanyalah hati...

usai saja saya melihat satu cerita islamik...
saya sedar...
cinta itu indah...
tapi hanya kita yang kadangkala salah dalam mentafsirkan cinta...
jodoh di tangan Tuhan...
tapi jika kita hanya berdiam diri tanpa berusaha...
manakan ada jodoh datang begitu saja...
untuk sang putera...
selidik dahulu teman2 mu...
jangan tersilap pilih...
dan jangan ikutkan hati..
ikutilah ajaran Rasulullah dalam memilih teman hidup...
agama..
keturunan...
harta..
dan kecantikan...

tanpa ragu2, kita selalu menginginkan yang cantik terlebih dahulu...
hehs~
itu naluri lelaki..
tapi tanpa sedar..
ada yang lebih baik dari kecantikan itu..
jika sekadar memilih kecantikan semata-mata..
kecantikan itu akan hilang...
dan bayangkan isteri kamu 50-60 tahun yang akan datang...
dimana cantiknya jika muka penuh kedut...
dan kulit mula longgar..
itu satu kenyataan yang benar saudaraku...

nescaya jika memilih keindahan melalui agama itu sendiri..
kita tidak akan pernah merasa jemu..
melihat keimanan seorang isteri yang solehah...
kerana keimanan itu berubah-ubah...
jika kita mampu membimbing ke arah yang lebih baik..
saya percaya,
semakin hari..
kita akan semakin sayang kepada isteri kita..
kerana?
keimanan yang meningkat dari hari ke hari...
itu saja jawapannya...
jadi , pilihlah calon yang jelas memaparkan keimanan...

untuk sang puteri...
maksud berusaha bagi kamu bukanlah dengan...
bermakeup tebal2...
pakai baju yang menonjol agar orang dapat tengok kamu..
dan berhias dengan kadar yang melampau sehingga membazir...
tapi dengan menghiasi laman hati kamu dengan cinta pada Ya Rabbi...
memenuhi hati kamu dengan harapan dan doa agar mendapat suami yang soleh...
yang jelas dapat membimbing kamu ke arah rumah tangga yang diredhai Allah...
persiapkan diri kamu untuk perjalanan rumah tangga yang penuh badai...
belajar kemahiran2 yang perlu bagi kamu...
agar si suami lebih suka makan dirumah bersama kamu dari makan diluar bersama teman...
dan agar rumah tangga sentiasa berkekalan....

di sini saya hanya ingin berkata-kata...
bukan menasihati sesiapa k=mahupun menegur sesiapa...
jika ada salah dan silap...
harap tegur kerana saya juga banyak khilafnya...
dan saya hanya mengeluarkan statements diatas...
tidak lain hanyalah...
untuk menasihati diri saya sendiri..
jika ada yang berguna...
harap di ambil buat pengajaran hidup..
namun jika ada sebarang silap..
harap dimaafkan..
kerana saya hanya seorang insan...
yang sudah pasti banyak salah dan silapnya...
sekian...
wassalam...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails