BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

May 1, 2010

hidup x semestinya indah...

assalamualaikum...
sudah lama x menjejakkan kaki di blog ini..
hohoho~ sdikit masalah kesihatan yang dah selesai...
saya dah sembuh..kot..
haha~

malam ni cuma nak menyuarakan sedikit ketidakpuasanhati terhadap individu2 tertentu...
maaf saya terpaksa menyuarakannya disini kerana jika saya pendam masalah ini...
emosi saya mungkin sekali akan terganggu dan hasilnya... sistem saraf saya xakan mampu berfungsi dengan baik.. inilah bagusnya ada blog.. time x puas hati.. bleh luah..
time sedih boleh luah.. even time hepi sangat2..pon boleh luah.. haha~

saya cukup tidak suka akan spesies2 homosapien yang menuduh tanpa usul periksa... sedangkan jenayah sendiri perlukan saksi... inikan pula sesi tuduh menuduh yang hanya berlapikkan suara dari sebelah pihak sahaja.. saya ingin luahkan disini..."KETAHUI TEMPAT KAMU UNTUK MENUDUH ORANG LAIN SEPERTI ITU!" saya jarang memarahi orang seperti ini... mungkin akibat penyakit yang memaksa saya bertindak drastik seperti ini..
maaf para pembaca... saya perlu meluahkan sedikit kekesalan saya terhadap sikap segelintir dari kita.. jika ada yang terasa, perbaiki diri dan berusahalah untuk jadi orang yang lebih positif dalam menerima khabar2 angin... dan cuba selami fikiran orang lain terlebih dahulu sebelum bertindak... kerana kamu mungkin menambahkan masalah seseorang yang sudah memiliki beribu2 masalah...

ingat... kamu hanya berada di situasi kamu sahaja.. fikirkan jika kamu berada di situasi orang tersebut... sudah pasti kamu tidak dapat membayangkan perasaan seorang lelaki yang sedang menyiapkan sesuatu yang penting dan tiba2 diganggu... siapa yang sanggup kata,"saya sibuk sekarang... lain kali ya.." kepada seorang yang dianggap kawan atau teman biarpun seseorang itu baru sahaja dikenalinya.. bahkan boleh dikatakan tidak lagi mengenali diri seorang teman itu...

saya cukup faham bahawa sikap peramah sememangnya sebati dengan diri setiap dari kamu.. tapi hanya skala yang membezakannya... segelintir dari kita cukup peramah hingga mampu menegur sesiapa sahaja yang ingin ditegurnya... tapi pernahkah kamu fikir? kamu terlalu peramah untuk segelintir orang? mungkin saya tidak terjejas dengan keramahan kamu kerana saya akui, saya juga agak peramah sekalipun dengan orang yang tidak saya kenali... tapi orang lain? saya bukan kaunselor yang terlatih.. saya ulangi.."SAYA BUKAN KAUNSELOR YANG TERLATIH".. sekadar hanya memberi sedikit nasihat kepada teman, saya masih mampu... tapi untuk menerima masalah orang lain untuk saya fikirkan agak rumit malah mungkin saya tidak mampu.. tapi saya tetap berlagak seperti saya mampu kerana apa? kerana saya tidak sanggup melukakan hati seseorang yang berkongsi masalah... tapi tanpa sedar... saya mungkin x mampu memberi nasihat yang baik untuk hal yang saya sendiri x pasti akar umbinya, yang saya sendiri tidak tahu sejauh mana kebenarannya... saya bukan sempurna... malah, tiada antara kita yang sempurna, baik saya mahupun kamu...

disini, saya ingin menegaskan bahawa jika kamu rasa terpukul dengan kata2 saya disini..
saya minta maaf kerana tujuan saya menulis hanyalah untuk meluahkan sedikit ketidakpuasan hati saya terhadap sumber yang halal... saya tidak berniat untuk memarahi sesiapa disini namun jika kamu rasa saya memarahi kamu, teruskanlah merasa begitu kerana saya perlukan seseorang untuk dimarahi disini... sebelum saya mengundur diri, izinkan saya memohon ampun dan maaf kerana sedikit berkasar diatas... insyaallah saya akan mampu mengawal emosi saya dalam minggu2 yang mendatang.. doakan ketenangan saya... amin...

sekian dari insan yang meluahkan perasaan...
assalamualaikum~

0 comments:

Related Posts with Thumbnails