BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

August 10, 2010

ramadhan yang dirindui datang jua akhirnya...

salam...
setelah setahun syaitan berkeliaran menghasut fikiran manusia di muka bumi...
akhirnya mereka dirantai jua...
tapi apa yang mereka tinggalkan untuk kita??

jangan fikir mereka tidak tinggalkan kesan kepada kita...
sedar tak sedar...
syaitan sudah hampir setahun mendidik nafsu kita agar mampu menguasai akal kita...
sedar ke x?

apa yang pasti, nafsu kita yang sudah dididik oleh syaitan itu akan mula memainkan peranan....
benar atau tidak..
bergantunglah kepada individu itu sendiri...
kuat akal, lemahlah nafsu....
kuat nafsu, lemahlah akal...
tak begitu??

jadi, persoalannya....
diri ini sendiri....
kuat akal ke kuat nafsu?
sendiri mau jawab laa...

tapi subhanallah, sesiapa yang membaca post ini...
sila ucap alhamdulillah...
kerana apa?
kerana kita diberi peluang sekali lagi untuk mengharungi ramadhan yang penuh berkat dan rahmat ini...
bersyukurlah kerana kita masih hidup pada hari ini....
kerana jika kita telah mati kelmarin..
maka tidak mungkin kita dapat mengecapi nikmat bulan ramadhan al-mubarak ini....

jadi teman-teman semua...
marilah kita sama-sama mengukuhkan iman dan taqwa kepada Allah di bulan yang mulia ini...
semoga setiap tindak tanduk kita menjadi lebih baik...
dan semoga akal kita mampu menguasai nafsu....
insyaallah...
amin ya Rabb...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails