BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

November 20, 2010

timeline kita....

assalamualaikum...
spatutnya malam ni ana dah berada di atas bas dalm perjalanan ke KMB(Kolej Muslim Brotherhood bak kata naqib ana ,AM)
tapi atas sebab musabab yg x dapat dielakkan, ana akan bertolak esok malam...
jadi, dapat lepak kat rumah kejap....
haha~
sblum masuk kmb dan dihantui kerja2 ku yg tertangguh...
xpelah... tader keje, boring,..
banyak kerja, mengeluh...
afiq oh afiq....

jadi malam ini hanya sekadar ingin berkongsi sepatah dua pandangan ana dalam hal kehidupan..
ana tahu ana masih setahun jagung dalam soal kehidupan...
tapi kita mungkin terlepas pandang apa yang kita lalui selama ini...

kita sebagai manusia suka melihat sesuatu dari sudut pandang yang jauh...
kononnya berfikiran jauhlah....
"konon"...
tanpa kita sedari...
kita 'mungkin'terlepas pandang beberapa perkara penting...

kita rujuk kembali saat-saat kita melakukan kemungkaran...
adakah saat itu?
renung-renungkan...
jika ada, teruskan membaca...
jika tiada, bersyukurlah kepada Allah...

"demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. kecuali orang2 yang beriman dan beramal soleh"

rujuk ayat di atas... masa yang ditekankan...
ana disini bukanlah mentafsir ayat di atas...
ana belum cukup ilmu untuk mentafsir...
ana hanya menyampaikan pandangan ana dalam soal masa...

dalam sejarah misalnya...
sejarawan selalu merujuk kepada timeline...
iaitu jaluran masa atau aturan sesuatu itu mengikut tempoh masanya....
berbalik kepada saat kita membuat kemungkaran...
kita mestilah selalu ingat bahawa sedikit kenikmatan di atas dunia tiada taranya dengan nikmat di akhirat...
kita sebagai manusia suka membanding-banding....
jadi disini...
ana ingin membandingkan timeline itu sendiri....
*ikut arahan di bawah

1. lukis satu garisan lurus yg panjang
2. buat timeline masa anda hidup dan masa anda selepas mati
3. tak tahu bila anda meninggal?(ada ke org yg taw) senang jer...tandakan purata umur manusia(lbih kurang 63 tahun mengikut umur nabi Muhammad S.A.W. semasa kewafatan beliau)
4. di sbelah kiri tanda anda, tuliskan "dunia"
5. di sebelah kanan tanda anda pula, tuliskan "akhirat"
6. letak pensel/pen ketepi dan renungkan...

lihat time line anda....
ana punye jawapan disini....
sama ke tak kita punya jawapan?
pelikkah jawapan ana?
bagi ana terangkan...
line merah yang kecik 2 tanda purata umur manusia...
sebelah kiri dunia dan sebelah kanan akhirat...
kenapa garisan ana x berhenti?
adakah akhirat ada penghabisannya?
anda jawab sendiri...

jika merujuk dari segi masa...
masa di akhirat itu ibarat 'infinity'
manakala masa di dunia dapat dikira....pling lama pun boleh mencapai 200 tahun...
tapi itu masih boleh dikira...
apalah sangat 200 tahun tu kalau nak dibandingkan dengan infiniti....
jadi kalau mengikut pengiraan ana....
garisan ana kurang peliknya...
garisan sahabat-sahabat bagaimana?
line merah di tengah2 kah?
ke di hujung kiri?
renungkanlah duhai sahabat...

kembali kepada kemungkaran...
berbaloikah kita melakukan kemungkaran yang hanya mampu dinikmati sebentar sahaja?
berbaloikah jika kita dihukum oleh Allah S.W.T kerana nikmat sementara?

bandingkanlah teman-temanku...
analoginya,
kamu memilih untuk makan coklat ketika gigi kamu sedang sakit....
nikmat coklat beberapa minit....
sakit gigi berpanjangan sehingga ke beberapa hari....
pilihlah sendiri....

itu badan kamu bukan badan saya...
saya hanya menyatakan pendapat...
kerana "tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri"

sekian sahaja dari saya....
syukran jazilan....

1 comments:

aliah said...

well said bro. No pun intended. ;)

Related Posts with Thumbnails