BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

May 3, 2010

duhai anggota part 1...

Duhai mata

Disaat kau melihat wanita ajnabi, pejamkanlah dirimu…

Dan jangan kau berani menoleh kembali…

Kerana yang halal untukmu hanya sekali…

Duhai lidah

Disaat kau mahu berkata-kata tentang hal yang dusta…

Lebih baik kau ikat dirimu..

Kerana aku sendiri tidak redha kamu berbicara tentang itu..

Apatah lagi Tuhanmu..

Duhai telinga

Disaat kau mendengar ayat2 yang tidak berfaedah atau umpatan orang…

Pekakkan dirimu…

Kerana aku sudah tidak sanggup lagi menyaksikan ayat2 kotor memasuki nikmat Allah sepertimu…

Duhai tangan

Disaat kau mahu melakukan perkara terkutuk malah diharamkan Allah…

Genggam erat dirimu…

Aku cukup takut jika Tuhanmu mengambilmu dariku disaat aku benar2 memerlukanmu…

Duhai kaki

Disaat kau melangkah kearah melakukan sesuatu yang tidak diredhai Allah…

Segeralah kau berhenti…

Kerana aku cukup takut jika Tuhanmu membekukan langkahmu tika aku benar2 dalam kecemasan…

Duhai akal

Disaat kamu mula memikirkan hal2 yang tidak berfaedah..

Malah hal2 yang tidak sepatutnya engkau fikirkan…

Berhentilah kamu dari berfungsi…

Aku lebih rela dirimu tidak kugunakan dari engkau mencabuli hakmu sebagai organ pemimpin dalam diriku…

Duhai hati

Disaat kamu sedih, disaat kamu marah, malah disaat kamu gembira…

Jangan kau kenang sesuatu yang xperlu dikenang..

Jangan kau peduli tipu daya syaitan…

Jangan kau jatuh cinta dengan dunia yang sementara ini…

Sebaliknya..

Cintailah akhirat yang kekal abadi..

Ingati Dia yang menyempurnakan urusanmu..

Ingati Dia Ya Rabb yang Maha Sempurna…

1 comments:

lavea said...

like this!sgt bagus~

Related Posts with Thumbnails