BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

May 8, 2010

duhai anggota part 2...

Dan percayalah duhai anggota…
Setiap dari kamu akan menjadi saksi di depan Tuhanku…
Atas segala dosa yang aku lakukan…
Atas segala perbuatanku didunia…
Maka dengan itu…
Duhai anggota…
Bantulah pemilik sementaramu ini…
Kerana aku tidak sanggup
Jika terpaksa berdepan dengan Yang Maha Pencipta…
Dan setiap dari kamu bersuara…


Aku tidak mahu…
Mata berkata,
“Ya Rabbi, aku dulunya melihat kejahilan, melihat sesuatu yang haram bagiku,melihat sesuatu yang syaitan mahukan aku melihatnya, melihat sesuatu yang terkutuk, dan melihat perkara2 yang mengasyikkan hingga sehingga penggunaku alpa dan terabai dari mengingatimu Ya Allah”


Aku tidak mahu…
Lidah berkata,
“Ya Rabbi, aku suka berbohong, suka berdusta, suka mengadu domba, suka memfitnah, suka mengumpat, suka mengejek orang lain, suka bercakap perkara yang tidak berfaedah sehingga penggunaku lalai dari menggunakanku untuk berzikir kepadaMu Ya Allah”


Aku tidak mahu…
Telinga berkata,
“Ya Rabbi, aku dulunya suka mendengar umpatan, suka mendengar muzik2 yang melalaikan, suka kepada suara2 wanita ajnabi yang mendamaikan telinga, suka kepada halwa2 telinga yang bisa memekakkan penggunaku ini dari mendengar ayat2 suci mahupun ilmu2 yang berguna dariMu Ya Allah”


Aku tidak mahu…
Tangan berkata,
“Ya Rabbi, aku dulunya suka mencuri, mengambil hak orang lain, memukul makhlukMu tanpa belas kasihan, suka mendera, suka bermaksiat sehingga penggunaku tidak sempat menggunakanku untuk memegang kitab2 Mu, untuk menadah tangan memohon doa kepadaMu, malah sujud bertaubat kepadaMu, Ya Allah”


Aku tidak mahu…
Kaki berkata,
“Ya Rabbi, aku dulunya sangat suka melangkah ke arah tempat2 maksiat, aku menggunakan diriku untuk kebinasaan orang lain, malah aku sangat suka jika aku tidak perlu menyusahkan diri mendekatkan diri kepadamu, sehingga penggunaku tidak sempat membengkokkanku untuk sujud kepadaMu, tidak sempat melangkah ke masjid2 untuk beribadat kepadaMu dan paling teruk tidak sempat memijak tikar sejadah untuk solat kepadaMu, Ya Allah”


Aku tidak mahu…
Hati memberontak,
“Ya Rabbi, aku dulunya mengaku cintakan Rasulullah. Aku mengaku mencintai kitabMu, mencintai hukumMu, mencintai syariatMu, mencintai Qada’ dan QadarMu, mencintai keampunanMu, mencintai cintaMu, dan mencintaiMu, tapi… aku hanya hati… solatku tak dikira kerana tubuhku masih sihat… keinginanku untuk beribadat hanya mendapat satu kebaikan atas dasar niat… aku takut Ya Allah.. aku takut kerana imanku lemah, syaitan durjana begitu mudah menghasut aku. Disaat aku ingin bertaubat, aku mendengar bisikan, “ alahh, kau mude lagi. Nanti tua kau pergi haji kau taubatlaa..” aku sedih Ya Rabbi… layakkah aku memasuki syurgaMu? Tapi terus terang aku katakan, aku cukup takut andai aku dihantar ke nerakaMu… tunjukkan aku jalan yang lurus Ya Rabbi, teguhkan pendirianku, dan ampunkanlah segala kesilapanku kerana aku bukan seorang nabi yang maksum… ampunkan aku sekali lagi Ya Rabbi”



Sekian saja coretan rasa dariku yang keboringan…
Salam..

1 comments:

inani said...

perghh
boring2 pon ayat geppow

Related Posts with Thumbnails