BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

January 29, 2011

i saw.i heard.i speak

asssalamualaikum w.b.t

sudah agak lama x mengepos di sini...
bukan kerana tiada cerita untuk di share...
bukan kerana malas nak menulis...
mungkin kerana sebab xde org nak baca rapuanku di sini(gaya sebak...sob3)
tapi sebenarnya kerana takder masa la inche2 sumer...

mula masuk sem 2(biarpun dah sebulan) yang mula nak hectic(biarpun baru sebulan) dan beserta dengan meeting yg bersambung2... dengan tanggungjawab yg bertambah2... dengan homework yang tak pernah putus2 menghantui diri penulis... dengan prasaan malas tahap gabannya... bercampur dengan emosi yg x berapa stabil... perfected with masalah mental yg x kronik langsung...*perfected-quoted from faris m10L=P

dalam 'sedikit' kesibukan itu... penulis melihat dunia... melihat watak2 yang berlakon didalamnya... melihat perwatakan2 watak2 tersebut... melihat latar2 ciptaan tuhan... melihat bagaimana persoalan2 diterbitkan dari perwatakan watak2... terlalu banyak untuk diungkapkan disini apa yang telah penulis lihat... hanya kerana penulis di kurniakan rahmat sepasang mata yang mampu melihat pemberian Pencipta penulis...

dalam 'sedikit' kesibukan itu juga, penulis mendengar ragam manusia... mendengar luahan rasa hati yang kurang berpuas hati... mendengar pujukan dunia yang x henti2... mendengar bisikan rasa yang x kurang hebatnya... mendengar kata-kata berhikmah yg mampu memuhasabah diri penulis sendiri... mendengar ilmu2 yg mampu penulis dengar(klau x tertidur la...=P) juga mendengar perbualan2 hebat malah perdebatan2 hangat antara insan bergelar hamba... hanya kerana penulis dikurniakan nikmat sepasang telinga yg mampu mendengar pemberian Pencipta penulis sendiri...

dalam 'sedikit' kesibukan itu pula, penulis menuturkan kata2... menuturkan kata2 sia2 yg hanya mampu penulis kesali pabila mengenangnya..... menuturkan ayat2 biasa seorang hamba... menuturkan ajakan2 menuju destinasi... menuturkan bisikan2 menambah mahupun mengurangi motivasi... dan tidak lupa menuturkan ayat-ayat cinta dari Pencipta penulis... hanya kerana penulis dianugerahkan sebuah nikmat berupa lidah dan mulut yang dipinjamkan kepada penulis oleh Penciptanya sendiri...

jika penulis mampu menulis segala nikmat yang Pencipta penulis beri kepada penulis dan juga kepada umat manusia... nescaya hancur luluh dahulu tubuh penulis sebelum sempat penulis catitkan semuanya... cukup banyak yang pastinya... jika Pencipta penulis melupakan penulis mahupun sesaat, tidak mampu lagi penulis hidup rasanya... mana mungkin penulis hidup tanpa nikmat Penciptanya... itu untuk kita renungkan sejenak...

kita bergembira, bersukaria, bersedih dan berduka dalam masa 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan, 12 bulan setahun... dalam setiap jam itu, pernahkah kita lupa pada Pencipta.? itu untuk kita sama2 memuhasabah diri... betapa penyayang Pencipta kita, masih mengingati kita dikala kita lalai dan tersimpang haluan... Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar2 berada dalam kerugian, kecuali mereka yg beriman dan beramal soleh, dan mereka yg berpesan2 dengan kebenaran dan berpesan2 dengan kesabaran... dimana kita? yang rugikah? atau yang beruntung?

ana tinggalkan disitu untuk direnungkan.... semoga kita sentiasa berada dalam rahmat dan perlindunganNya... amin Ya Rabb...

assalamualaikum w.b.t.




2 comments:

Abe Am said...

biar tertidur dalam usrah daripada tertidur hingga tak datang usrah..

but, get some enough sleep before attending the usrah should be better...

Afiq Khalid said...

setuju inche naqib~

Related Posts with Thumbnails